Salam
Sesi 2 2009/2010 semakin menghampiri penghujungnya, begitu jugalah perkhidmatan sebagai Exco Integrasi dan Perpaduan sesi 2009/2010 serta rakan exco kolej ungku omar. Dikesempatan ini, pihak exco dalam perancangan untuk membuat jamuan atau majlis perpisahan bersama JMK integrasi dan RE serta rakan-rakan JMK sebagai mengimbas kembali detik bersama sepanjang dalam perkhidmatan.
Cadangan majlis tersebut dalam bulan April sebelum minggu study. Semoga ianya dapat dijalankan. Terima kasih.
Shorab Syed Ali
Exco Integrasi dan Perpaduan sesi 2009/2010
KOlej ungku oMar.
Salam Gong Xi Fa Cai...
Kami dari team Exco Integrasi & Perpaduan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warganegara Malaysia khususnya buat warga UPSI dan Kolej Ungku Omar...
Dari Rembau ke Kota Tinggi,
Gong Xi Fa Chai datang lagi,
Ada ampau share-share le kat sini.
Dengan ingatan tulus ikhlas dr team I&P:)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat hari raya diucapkan sebab kita masih lagi dalam bulan raya dan semestinya ada sahaja program atau majlis untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya ini. Oleh itu, kami dari Exco Integrasi dan Perpaduan KUO mengalu-alukan penghuni KUO untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis sambutan hari raya peringkat koleh KUO anjuran Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan KUO.
Tarikh : 15.10.2009 (Khamis)
Masa : 8.30PM
Tempat : Perkarangan Blok A KUO
Pakaian : Kalau sambut raya, mesti baju raya. OK.
Semua warga KUO dijemput hadir. Pelbagai menu makanan disediakan dibeberapa buah gerai yang melibatkan gerai-gerai wakil dari JMK KUO. Justeru, selain berhari raya, menjamu selera, inilah peluang warga KUO untuk beramah mesra dengan felo-felo , pihak pentadbiran dan JMK KUO khususnya.
Bersama-sama kita memeriahkannya.
Ikhlas,
Team Exco Integrasi dan Perpaduan JMK KUO sesi 2009/2010
Ada hati
REFLEKSI Oleh DR. ISMAIL ZAIN
SETIAP insan sememangnya mempunyai hati, tetapi ungkapan “ada hati” membawa maksud mempunyai kehendak, minat, bersemangat serta terpikat dengan seseorang insan yang lain atau dengan sesuatu keadaan.
Walau bagaimanapun untuk tujuan penulisan ini “ada hati” ditujukan kepada kehendak, minat dan bersemangat untuk mencapai kejayaan diri. Berbanding dengan seseorang yang tidak “ada hati” yang menunjukkan ciri-ciri diri yang tidak mampu meningkatkan prestasi serta tidak mampu mengimbangi emosi atau rohani dalam proses penentuan tindakan diri.
Sebagai seorang pelajar seharusnya sentiasa bersedia dengan sepenuh hati dan jiwa untuk menguasai ilmu dan kemahiran demi untuk mencapai kejayaan. Proses memperoleh ilmu ini harus digandingkan dengan sifat jati diri iaitu mampu menghadapi sebarang cabaran tanpa merasa kecewa atau bosan. Malah cabaran itu harus dianggapkan sebagai salah satu pengalaman yang perlu dilalui oleh setiap orang dalam mengejar kejayaan.
Kecekalan diri banyak bergantung kepada hati di mana ia bertindak sebagai pusat pengumpulan maklumat yang mampu mengeluarkan responds sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Walaupun fikiran merupakan satu mekanisme penapisan maklumat tetapi hati mempunyai pengaruh yang besar dalam penentuan sesuatu tindakan.
Sebagai contoh walaupun seseorang pelajar sudah diberi nasihat serta rasional tentang sesuatu tindakan positif yang perlu dilakukan, tetapi jika ia tidak mempunyai hati untuk melakukan tindakan tersebut maka segala nasihat dan tunjukajar akan berakhir dengan kegagalan.
Dalam hal ini seseorang pelajar harus sentiasa membentuk hati dan jiwa yang murni untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang diharap-harapkan oleh kedua ibu bapa, guru, agama, bangsa dan negara.
Kesungguhan dan ketekunan dalam proses menuntut ilmu, ketelusan dan keikhlasan dalam berkomuniksi serta keimanan dan ketaqwaan dalam pembentukan peribadi adalah faktor yang mampu memberi sinaran dan kesucian hati.
Semoga pelajar-pelajar akan mendapat hidayah dari Allah ke arah menyemarakkan hati ke arah mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
SUMBER : WWW.UTUSAN.COM.MY
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Exco Integrasi dan Perpaduan JMK KUO mengucapkan selamat menyambut hari raya 1430H kepada semua mahasiswa khususnya penghuni KUO. Semoga hari raya ini memberikan satu kegembiraan yang sebelum ini ingin dicari.
Pesanan untuk semua, berhati-hati semasa balik ke kampung dan selamat kembali ke KUO. Salam Aidilfitri kepada semua. Untuk warga KUO yang tidak balik ke kampung dan hanya beraya di Kolej, sabar dan semoga keluarga tersayang sentiasa bersama di hati kita untuk meraikan hari raya ini.
Salam kemesraan.
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Berakhir sudah program Jelajah Patriotisme anjuran Exco Integrasi dan Perpaduan JMK KUO sesi 2009/2010 yang bermula pada 19 hingga 30 Ogos 2009. Sepatutnya bermula 1 Ogos namun memandangkan penularan penyakit H1N1 telah menyebabkan UPSI diawalkan cuti pertengahan semester. Sedikit sebanyak program ini dijalankan secara sederhana. Segala perancangan awal tidak dapat diterjemahkan ke arah yang lebih baik. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.
Terima kasih diucapkan kepada Rakan Exco dan AJK Pelaksana program khususnya dalam menjayakan program ini. Walau pun pelbagai kekangan dan komitmen akademik yang semakin sarat untuk diselesaikan kita berjaya juga menganjurkan program ini. Tahniah diucapkan. Semoga di masa akan datang, penganjuran program di bawah Exco ini akan lebih baik lagi dari segi arahan kerja dan komitmen kerja yang diberikan. Begitu juga komitmen kerja kepada Exco-exco lain amnya. Teruskan memberikan sokongan dan menjayakannya bersama-sama.
Seteguh kasih Seerat ukhwah.