Seerat Mesra Tautan Kasih


Archives

Penangguhan Program Jelajah Patriotisme


Keresahan yang melanda masyarakat dunia akibat penyakit H1N1.
Apakah ini satu petanda dunia semakin tua dan balasan tuhan atas maghfirah dosa kita yg lalu?
Sama-sama kita renungkan.


Salam Alaik...

Perhatian buat semua Rakan Exco, AJK Pelaksana, Urusetia serta para peserta yang terlibat dengan Program Jelajah Patriotisme, program ini akan ditangguhkan ke satu tarikh yang bakal diumumkan kemudian berikutan merebaknya virus H1N1 di UPSI. Semua pelajar digalakkan untuk bersama-sama berdoa dan memanjatkan pengampunan dari Allah mudah-mudahan wabak ini dapat dibasmi dengan segera. Segala makluman lanjut akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Semoga UPSI kembali bersih dari wabak H1N1...InsyaAllah. Allah Yusallimuk.

Sekian dari Team I&P.

Category:   Leave a Comment
Pengumuman Penting

MEMO
JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ
KOLEJ UNGKU OMAR (JMK KUO)

KEPADA : PENGHUNI KUO

DARIPADA : PENGARAH PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME

Sempena Bulan Kemerdekaan yang tidak lama lagi menjelang, Exco Integrasi dan Perpaduan akan menganjurkan Program “Jelajah Patriotisme” sepanjang bulan Ogos 2009 ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan akan dijalankan. Oleh itu, bersama-samalah kita untuk menjayakan setiap aktiviti untuk mewujudkan suasana yang aktif dalam kehidupan seorang mahasiswa.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

1. Penulisan Kreatif – Sajak
2. Penulisan Kreatif – Cerpen
3. Rumah Patriotik
4. Deklamasi Sajak
5. Blog Kemerdekaan dan Pendidikan
6. Explorace Merdeka

AKTIVITI/PERTANDINGAN SERTA SYARAT DAN PERATURAN


1. PENULISAN KREATIF - SAJAK
Syarat dan peraturan :
a. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
b. Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain
c. Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan
d. Karya dinilai berdasarkan keaslian dan kreatif olahan penulisan
e. Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan 1 muka surat
f. Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO
g. Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my


2. PENULISAN KREATIF - CERPEN
Syarat dan peraturan :
a. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
b. Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain
c. Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan
d. Karya dinilai berdasarkan keaslian, persembahan tema dan kreatif olahan penulisan
e. Kemahiran insaniah perlu diterapkan dalam penulisan
f. Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan maksimum 10 muka surat
g. Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO
h. Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my

3. RUMAH PATRIOTIK
Syarat dan peraturan :
a. Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
b. Pertandingan dinilai berdasarkan berapa banyak bendera yang dikibarkan sama ada di luar rumah dan dalam rumah (saiz bendera tidak ditetapkan), kekemasan dan kebersihan rumah
c. Semua ahli rumah pemenang akan berpeluang mendapat hadiah yang ditawarkan


4. DEKLAMASI SAJAK
Syarat dan peraturan :
a. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
b. Karya yang dibacakan hendaklah karya asli tokoh sastera atau karya dari penulis berkaliber
c. Karya dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti persembahan sajak dan tema yang disampaikan
d. Salinan skrip sajak hendaklah diberikan kepada juri
e. Tidak dibenarkan melihat skrip ketika mendeklamasikan sajak
f. Pemenang akan berpeluang untuk membuat persembahan Deklamasi Sajak di Majlis Penutup

5. EXPLORACE MERDEKA
Syarat dan peraturan :
a. Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
b. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada 6 orang (lelaki dan perempuan dibenarkan satu kumpulan tetapi dimestikan menjaga adab pergaulan)
c. Lokasi bermula dari Kolej KUO ke Kampus (kawasan khusus akan dimaklumkan kemudian) dan kembali semula ke Kolej KUO
d. Kenderaan sendiri dibenarkan tetapi hendaklah bergerak di dalam satu kumpulan
e. Pemenang dinilai berdasarkan :
a. Kerjasama ahli kumpulan
b. Ketepatan jawapan/tugasan setiap checkpoint
c. Masa terpantas menyelesaikan keseluruhan checkpoint
d. Aspek disiplin dan adab pergaulan diutamakan

6. BLOG KEMERDEKAAN DAN PENDIDIKAN
Syarat dan Peraturan :
a. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
b. Blog hendaklah asli, bukan ciplak atau edit blog sendiri mahupun orang lain
c. Hanya menggunakan perkhidmatan blog percuma yang disediakan dalam internet iaitu Blogspot (www.blogger.com), Wordpress (wordpress.com) dan lain-lain.
d. Bertemakan kemerdekaan dan pendidikan
e. Blog dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti dan inovasi blog, persembahan tema dan isi kandungan blog. Jenis isi kandungan blog terpulang kepada anda dan semestinya menepati kehendak tema


TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG * :
1. Penulisan Kreatif (Sajak dan Cerpen) = 25 Ogos 2009
2. Deklamasi Sajak = 5 Ogos 2009
3. Blog Kemerdekaan dan Pendidikan = 25 Ogos 2009
4. Explorace Merdeka = 5 Ogos 2009
5. Rumah Patriotik = 25 Ogos 2009

TARIKH PERTANDINGAN * :
1. Deklamasi Sajak = 7 Ogos 2009
2. Explorace Merdeka = 9 Ogos 2009
*Semua tarikh berikut tertakluk kepada perubahan

MAKLUMAT DI ATAS JUGA BOLEH DIDAPATI DENGAN MELAYARI :

Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan : http://integrasiperpaduan.blogspot.com
Blog Pengarah Program : bilamasa.wordpress.com

BORANG PERTANDINGAN BOLEH DIPEROLEHI DAN DIHANTAR :

1. PEJABAT KOLEJ KUO
2. BILIK JMK KUO

SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI

HARAP MAKLUM

‘Tough & Fearless’

TERIMA KASIH

Category:   Leave a Comment
Ucapan Aluan Exco Integrasi & Perpaduan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Seteguh Kasih Seerat Ukhwah


Syukur alhamdulillah dengan rahmat dan hidayahNYA Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Ungku Omar sudah berada di alam maya ini untuk menjadi tatapan umum sebagai pengetahuan. Tahniah diucapkan atas perlantikan Rakan Exco untuk Exco Integrasi dan Perpaduan Sesi 2009/2010. Diharapkan amanah dan tanggungjawab yang bakal dilaksanakan terus menjadi impian ke arah kejayaan yang diimpikan. Tahniah juga saya ucapkan kepada Rakan Exco yang telah bertungkus lumus untuk menghasilkan Blog Rasmi ini, cetusan idea penghasilan amat dihargai. Semoga usaha kita ke arah menyampaikan maklumat serta pengetahuan berkaitan dengan perpaduan rakyat Malaysia amnya dan mahasiswa khususnya Kolej Ungku Omar menjadi sandaran permulaan perpaduan yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sejajar dengan slogan yang diperkenalkan iaitu “1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Saya dari Exco Integrasi dan Perpaduan Kolej Ungku Omar mengucapkan selamat maju jaya kepada Rakan Exco yang terlibat dalam pembikinan Blog Rasmi ini. Teruskan usaha kalian.


Salam Perpaduan


Shorab Bin Syed Ali

Exco Integrasi dan Perpaduan Sesi 2009/2010

Jawatankuasa Mahasiswa Kolej

Kolej Ungku Omar

Category:   Leave a Comment
Blog Rasmi Exco Integrasi & Perpaduan

Salam Alaik...

Syukur Alhamdulillah atas limpah dan kurniaNya, akhirnya blog rasmi Exco Integrasi Dan Perpaduan berjaya ditubuhkan. Sekalung tahniah dan penghargaan atas perlantikan Exco dan Rakan Exco yang dilantik untuk menggalas tugas menyatupadukan semua kaum di Kolej Ungku Omar, UPSI pada sesi 2009/2010 ini.

Semoga dengan pertemuan ini, membuahkan seribu satu rahmat dan keberkatan dan ukhwah yang terjalin antara kita lebih erat. InsyaAllah...

Buat pengunjung-pengunjung blog exco ini, diharapkan anda memperoleh informasi dan wacana yang bermanfaat buat bekalan sepanjang perjalanan kehidupan. Kami daripada exco I&P juga mengharapkan kerjasama daripada pengunjung blog untuk turut sama menghebahkan tentang kewujudan blog ini kepada sahabat-sahabat lain.

Semoga Bermanfaat...

Sekian Dari Team I&P:)

Category:   Leave a Comment

Pengikut Setia


PERHATIAN!!!

PERHATIAN: Segala informasi dan borang penyertaan berkenaan Program Jelajah Patriotisme boleh didapati dan dimuat turun daripada Kotak Laman Informasi Dan Borang di bawah sekali...Harap Maklum.