Seerat Mesra Tautan Kasih


Archives

Program Jelajah Patriotisme

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Berakhir sudah program Jelajah Patriotisme anjuran Exco Integrasi dan Perpaduan JMK KUO sesi 2009/2010 yang bermula pada 19 hingga 30 Ogos 2009. Sepatutnya bermula 1 Ogos namun memandangkan penularan penyakit H1N1 telah menyebabkan UPSI diawalkan cuti pertengahan semester. Sedikit sebanyak program ini dijalankan secara sederhana. Segala perancangan awal tidak dapat diterjemahkan ke arah yang lebih baik. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Terima kasih diucapkan kepada Rakan Exco dan AJK Pelaksana program khususnya dalam menjayakan program ini. Walau pun pelbagai kekangan dan komitmen akademik yang semakin sarat untuk diselesaikan kita berjaya juga menganjurkan program ini. Tahniah diucapkan. Semoga di masa akan datang, penganjuran program di bawah Exco ini akan lebih baik lagi dari segi arahan kerja dan komitmen kerja yang diberikan. Begitu juga komitmen kerja kepada Exco-exco lain amnya. Teruskan memberikan sokongan dan menjayakannya bersama-sama.

Seteguh kasih Seerat ukhwah.

Salam Merdeka ke 52



Assalamualaikum

Salam kemerdekaan Malaysia yang ke 52, semoga 52 tahun yang sudah berlalu menjadi titik tolak ke arah kemajuan negara kita khususnya untuk memantapkan sistem pentadbiran negara yang lebih dinamik. Untuk mahasiswa bersama memantapkan sistem pendidikan negara dalam pelbagai bidang yang diceburi bagi merealisasikan hasrat negara menjadi negara maju pada tahun 2020.

Category:   Leave a Comment
Borang Pertandingan

BORANG PERTANDINGAN PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME ANJURAN

EXCO INTEGRASI DAN PERPADUAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ

KOLEJ UNGKU OMAR PADA 1 – 30 OGOS 2009

MAKLUMAT DIRI :

Nama Penuh : .......................................................................................................

No. Matrik : .......................................................................................................

No. IC : .......................................................................................................

Semester : .......................................................................................................

Program Pengajian : .......................................................................................................

No. Rumah : .......................................................................................................

No. Telefon : .......................................................................................................

URL Blog* : .......................................................................................................

*Hanya untuk peserta pertandingan Blog Kemerdekaan dan Pendidikan mengisi ruangan ini

JENIS PERTANDINGAN : Tandakan ruangan yang berkenaan

1. Penulisan Kreatif – Sajak

2. Penulisan Kreatif – Cerpen

3. Deklamasi Sajak

4. Blog Kemerdekaan dan Pendidikan

5. Explorace Merdeka*

6. Rumah Patriotik*







* Hanya maklumat Ketua Kumpulan atau Ketua Rumah sahaja yang diisi dalam ruangan maklumat diri.

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG DAN TARIKH PERTANDINGAN* :

1. Penulisan Kreatif = 28 Ogos 2009

2. Deklamasi Sajak = 19 Ogos 2009

- Tarikh Pertandingan = 26 Ogos 2009 (Dewan Kuo atau Bilik JMK)

3. Blog Kemerdekaan dan Pendidikan = 28 Ogos 2009

4. Explorace Merdeka = 19 Ogos

- Tarikh Pertandingan = 22 Ogos 2009 (Kolej KUO)

5. Rumah Patriotik = 28 Ogos 2009

*Semua tarikh berikut tertakluk kepada perubahan sekiranya perlu



**PERHATIAN: BORANG INI BOLEH DIMUAT TURUN DI LAMAN INFORMASI & BORANG DI RUANGAN BAWAH BLOG...HARAP MAKLUM.

Category:   Leave a Comment
Memo Jemputan Ketua Rumah KUO

MEMO

JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ

KOLEJ UNGKU OMAR (JMK KUO)


KEPADA : KETUA RUMAH BLOK A DAN BLOK B KUO

DARIPADA : PENGARAH PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME


Exco Integrasi dan Perpaduan KUO akan mengadakan Majlis Perasmian Program Jelajah Patriotisme bersempena Bulan Kemerdekaan ke-52 yang tidak lama lagi akan menjelang. Berikut adalah ketetapan Majlis :

Tarikh : 19 OGOS 2009 (RABU)

Masa : 8.45 PM

Tempat : Dewan Kolej Ungku Omar

Justeru, kepada semua penghuni KUO yang ditauliahkan menjadi Ketua Rumah atau wakil anda dijemput dan diwajibkan hadir ke Majlis ini untuk bersama-sama memeriahkan lagi Majlis Perasmian Program Jelajah Patriotisme dan pastinya Majlis tersebut akan lebih bermakna dengan kehadiran serta sokongan anda semua.

Selain itu, banyak aktiviti/pertandingan akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Semoga mendapat manfaat dengan penganjuran program ini.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

1. Penulisan Kreatif – Sajak

2. Penulisan Kreatif – Cerpen

3. Rumah Patriotik

4. Deklamasi Sajak

5. Blog Kemerdekaan dan Pendidikan

6. Explorace Merdeka

SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI

HARAP MAKLUM

‘Tough & Fearless’

TERIMA KASIH

Category:   Leave a Comment
Memo Penyertaan Program Jelajah Patriotisme

MEMO

JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ

KOLEJ UNGKU OMAR (JMK KUO)


KEPADA : PENGHUNI KOLEJ UNGKU OMAR

DARIPADA : PENGARAH PROGRAM JELAJAH

PATRIOTISME


PENGAMBILAN PESERTA BAGI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME PADA 19 OGOS 2009 (RABU). PENGAMBILAN PESERTA ADALAH TERHAD SEPERTI BERIKUT :

1. PEMBACA DOA – 1 ORANG

2. PENGERUSI MAJLIS – 2 0RANG ( LELAKI DAN PEREMPUAN )

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SILA TULIS BUTIRAN LENGKAP DI RUANG YANG DISEDIAKAN. PEMILIHAN AKAN DIBUAT PADA TARIKH YANG AKAN DITENTUKAN KELAK. SIJIL AKAN DIBERIKAN.

1. PEMBACA DOA

NAMA

NO. MATRIK

NO. TELEFON

1.

2.

3.

4.

5.

2. PENGERUSI MAJLIS

NAMA

NO. MATRIK

NO. TELEFON

PESERTA

1.

LELAKI

2.

LELAKI

3.

LELAKI

4.

LELAKI

5.

LELAKI

6.

PEREMPUAN

7.

PEREMPUAN

8.

PEREMPUAN

9.

PEREMPUAN

10

PEREMPUAN

SILA BERIKAN MAKLUMAT DIRI ANDA SEBELUM

PUKUL 8.00 MALAM 16 OGOS 2009 (AHAD)

HARAP MAKLUM

‘Tough & Fearless’

TERIMA KASIH

Category:   Leave a Comment
Memo Program Jelajah Patriotisme

MEMO

JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ

KOLEJ UNGKU OMAR (JMK KUO)


KEPADA : PENGHUNI KUO

DARIPADA : PENGARAH PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME


Sempena Bulan Kemerdekaan yang tidak lama lagi menjelang, Exco Integrasi dan Perpaduan akan menganjurkan Program “Jelajah Patriotisme” sepanjang bulan Ogos 2009 ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan akan dijalankan. Oleh itu, bersama-samalah kita untuk menjayakan setiap aktiviti untuk mewujudkan suasana yang aktif dalam kehidupan seorang mahasiswa.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

1. Penulisan Kreatif – Sajak

2. Penulisan Kreatif – Cerpen

3. Rumah Patriotik

4. Deklamasi Sajak

5. Blog Kemerdekaan dan Pendidikan

6. Explorace Merdeka

AKTIVITI/PERTANDINGAN SERTA SYARAT DAN PERATURAN

1. PENULISAN KREATIF - SAJAK

Syarat dan peraturan :

a. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)

b. Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain

c. Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan

d. Karya dinilai berdasarkan keaslian dan kreatif olahan penulisan

e. Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan 1 muka surat

f. Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO

g. Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my

2. PENULISAN KREATIF - CERPEN

Syarat dan peraturan :

a. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)

b. Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain

c. Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan

d. Karya dinilai berdasarkan keaslian, persembahan tema dan kreatif olahan penulisan

e. Kemahiran insaniah perlu diterapkan dalam penulisan

f. Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan maksimum 10 muka surat

g. Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO

h. Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my

3. RUMAH PATRIOTIK

Syarat dan peraturan :

a. Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)

b. Pertandingan dinilai berdasarkan berapa banyak bendera yang dikibarkan sama ada di luar rumah dan dalam rumah (saiz bendera tidak ditetapkan), kekemasan dan kebersihan rumah

c. Semua ahli rumah pemenang akan berpeluang mendapat hadiah yang ditawarkan

4. DEKLAMASI SAJAK

Syarat dan peraturan :

a. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)

b. Karya yang dibacakan hendaklah karya asli tokoh sastera atau karya dari penulis berkaliber

c. Karya dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti persembahan sajak dan tema yang disampaikan

d. Salinan skrip sajak hendaklah diberikan kepada juri

e. Tidak dibenarkan melihat skrip ketika mendeklamasikan sajak

f. Pemenang akan berpeluang untuk membuat persembahan Deklamasi Sajak di Majlis Penutup

5. EXPLORACE MERDEKA

Syarat dan peraturan :

a. Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)

b. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada 6 orang (lelaki dan perempuan dibenarkan satu kumpulan tetapi dimestikan menjaga adab pergaulan)

c. Lokasi - Sekitar Kolej KUO

d. Kenderaan sendiri dibenarkan tetapi hendaklah bergerak di dalam satu kumpulan

e. Pemenang dinilai berdasarkan :

a. Kerjasama ahli kumpulan

b. Ketepatan jawapan/tugasan setiap checkpoint

c. Masa terpantas menyelesaikan keseluruhan checkpoint

d. Aspek disiplin dan adab pergaulan diutamakan

6. BLOG KEMERDEKAAN DAN PENDIDIKAN

Syarat dan Peraturan :

a. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)

b. Blog hendaklah asli, bukan ciplak atau edit blog sendiri mahupun orang lain

c. Hanya menggunakan perkhidmatan blog percuma yang disediakan dalam internet iaitu Blogspot (www.blogger.com), Wordpress (wordpress.com) dan lain-lain.

d. Bertemakan kemerdekaan dan pendidikan

e. Blog dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti dan inovasi blog, persembahan tema dan isi kandungan blog. Jenis isi kandungan blog terpulang kepada anda dan semestinya menepati kehendak tema

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG * :

1. Penulisan Kreatif (Sajak dan Cerpen) = 28 Ogos 2009

2. Deklamasi Sajak = 19 Ogos 2009

3. Blog Kemerdekaan dan Pendidikan = 28 Ogos 2009

4. Explorace Merdeka = 19 Ogos 2009

5. Rumah Patriotik = 28 Ogos 2009

TARIKH PERTANDINGAN * :

1. Deklamasi Sajak = 26 Ogos 2009

2. Explorace Merdeka = 22 Ogos 2009

*Semua tarikh berikut tertakluk kepada perubahan

MAKLUMAT DI ATAS JUGA BOLEH DIDAPATI DENGAN MELAYARI :

Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan : integrasiperpaduan.blogspot.com

BORANG PERTANDINGAN BOLEH DIPEROLEHI DAN DIHANTAR :

1. PEJABAT KOLEJ KUO

2. BILIK JMK KUO

SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI

HARAP MAKLUM

‘Tough & Fearless’

TERIMA KASIH

Category:   Leave a Comment

Pengikut Setia


PERHATIAN!!!

PERHATIAN: Segala informasi dan borang penyertaan berkenaan Program Jelajah Patriotisme boleh didapati dan dimuat turun daripada Kotak Laman Informasi Dan Borang di bawah sekali...Harap Maklum.